Kegiatan Ekonomi Asajaya

Pertanian

Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi utama dan merupakan aktiviti penting penduduk di Asajaya. Daerah ini juga dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Oleh itu, sektor ini memberi sumbangan sebagai pembekal bahan mentah kepada kepada keperluan harian, pasaran dan kegiatan ekonomi hiliran sama ada untuk pasaran luar atau tempatan.


Keluasan

Projek saliran Asajaya merangkumi kawasan seluas 18,143 hektar di Semenanjung Asajaya dan terletak di antara Batang Samarahan dan Batang Sadong. Projek ini terbahagi kepada empat blok yang mana setiap blok bersempadankan sungai asal. Dengan adanya projek tersebut seluas 12,525 ekar tanah dapat digunakan dengan pelbagai aktiviti pertanian ataupun penempatan.


Aktiviti

Dengan adanya projek Pengairan dan Saliran di Asajaya, ia telah memberi manfaat kepada semua petani yang mengusahakan kelapa, koko dan limau. Kawasan tersebut adalah di antara kawasan yang paling subur di Sarawak dan telah dibangunkan secara intensif.

Dalam tahun 1997-1998, FELCRA telah menanam hampir 1000 hektar kelapa sawit di Blok 4 Asajaya Selatan dan dengan ini meningkatkan penggunaan tanah kepada 81% daripada keseluruhan projek. Segala usaha yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah keperluan tanah untuk pertanian dan sekaligus mengubah cara hidup penduduk-penduduk serta meningkatkan hasil pertanian.


Pengeluaran Pertanian

Permintaan terhadap buah kelapa semakin meningkat. Ini berikutan daripada perkembangan sektor perindustrian berintensifkan buah kelapa sebagai bahan utama produk.

Hasil-hasil kelapa menunjukkan peningkatan berikutan permintaaan di pasaran tempatan meningkat. Malah permintaan terhadap buah tersebut melebihi penawaran sedia ada dan kebanyakan kebun-kebun kelapa telah dimusnahkan untuk tujuan penternakan udang harimau.

Keadaan ini telah menyebabkan harga kelapa di Asajaya meningkat dan banyak pemprosesan hiliran dibina oleh penduduk setempat sebelum dihantar kekilang yang berdekatan. Manakala banyak pokok-pokok koko telah dimusnahkan kerana serangan penyakit dan harga yang terlalu murah di pasaran.